Followers

Tuesday, November 8, 2016

.....

malam menjelma sama sprti hari-hari biasa.
tiada beza walau sedikit.
sunyi.

entah kosong terasa,
mahu di isi,
namun tak tahu apa
sepi.

di mana prgi semuanya?
datang dan pergi sesuka hati mereka
hilang.

puas meraba mencari
berharap ada huluran tangan menyapa
hampa

duduk aku dipenjuru kamar
cuba mengamati sayup-sayup suara hingar
sendiri

aku menutup mata
mengimbau kengangan bersama
terasa lama
rindu

di mana silapnya ?
puas mencari punca
buntu

ah!
manusia.
mana ada yang setia
hadirnya seketika
perginya selamanya
tinggal aku sendiri

terbang
lebar sayang di belakang
pergi jauh dari semuanya
sungguh aku tak mahu pulang
aku ingin bebas
dari sangkar yang memenjara ini
menari di awangan
melihat kecilnya manusia
dalam kebingungan dunia

#RAKHIS_ANNUR

Monday, March 21, 2016

REDHA vs IKHLAS

assalamualaikum ^^ , x jawab dosa, kalau jawab in shaa allah dpt pahala disamping menambah kasih sayang antara kita ..

ikhlas? redha? hmm apa beza dia? apa maksud sebenar dia? sebenarnya soalan-soalan ni terdetik semasa aku baca blog @pendakwahcute (nama twitter) dkt short novel "layakkah aku?" (quite interesting la.. tp sedihnya dia ckp dia xnk sambung sbb jiwang sgt.. hahaha xdela jiwang sgt.. biasa je.. kot.. ok terpromote plk.. hehe..xpe2 pi je dkt twitter dia..ad link blog dia dkt situ.. bnyk cerita2 mernarik yg ada bnyk sgt ilmu..in sya aallah bermanfaat) .. disebabkan malas nk google tntg ikhlas dan redha ((yaaa im a google girl.. hehe)) aq pon pergi la cht dkt group pendidikan agama islam kelas aq untuk dptkn penerangan from ustazah or ustzaz,..

ustazah jawab :

REDHA

1) sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t

2) pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t. 

3)  redha terhadap Allah s.w.t. terbahagi kepada dua:

redha menerima peraturan (hukum) Allah s.w.t yang dibebankan kepada manusia
redha menerima ketentuan Allah s.w.t tentang nasib yang mengenai diri.

IKHLAS 

1) sifat ikhlas ialah menumpukan bagi niat bagi setiap ibadah ataupun kerja yang dilakukan semata-mata kerana allah s.w.t dan diqasadkan (niat) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa dan riya', ujub atau menginginkan pujian manusia.

2) firman Allah s.w.t di dalam alquran yang dimaksudkan :

      "padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah allah s.w.tdengan mengikhlaskan ibadah kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar." 
((surah al-bayyinah- ayat5))

 3) setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allahs.w.t

4) hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain daripada sifat-sifat yang keji (ifat mazmumah) seperti riya' ujub, inginkan kemahsyuran dan lain-lain.

5) dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya. 

((rujukkan kitab- mengenal ilmu tasawuf - mohd sulaiman bin hj. yasin))

kata ustzah lagi " aqilah .. benda yang paling sakit kita nak buat ialah dua sifat di atas.. tapi kalau kita dapat laluinya dengan iman.. insyaAllah kita ditingkatkan darjat olehNya. kerana taqdir itu mengatasi tadbir.."

subhanallah.. panjang lebar peneranga,, terima kasih ustazah.. in shaa allah sama-sama kita usaha untuk menjadi seorang yang ikhlas dan redha. semoga bermanfaat.. penerangan di atas diambil bulat-bulat daripada group wsp tersebut.. 
 

last but not least. yaa aq sebenarnya xde kerja.. beberapa jam before fly back to kuching. this could be my last flight .. huhu hopefully.(jahatnya haha)... last flight untuk datang ke kch dengan urusan.. hope lepasni dpt dtg dsebagai pelancong pulak.. huhu.. lama x melancong srwk.. teringin nk pergi utara srwk.. huhu in shaa allah one day.. rmh pnjg pn aq x pernah jejakkn kaki.. 2 tahun da ddk srwk ..6 tahun da ulang alik srwk.. n untuk 2 bln kali ini hope dpt merasa..huhuinshaa allah.. 

p/s : ad orang telah menggodam my blog -.-'' hahahha lol tq  SYEROL sebab da berjaya membayar segala hutang-hutang denda.. haha  i really2 appreciate it even kau ngutuk aq,.. hahahah.. tq bf.. haha bestfriend ok.. n tq juga for the mf.shawls... i love it.. seriously .. x caya sudah! even x jd suprise.. acah nk suprise .. hahaha byeee.. tc :p 

ikhlas kn ? hahaaha :p


semoga bermanfaat. wallahualam .. sorry ada ngarot sikit.. assalamualaikum.. see you again.. kalau ada post2 lain yg pelik2 dlm masa 2 bln mungkin kerja alffo.. (siapa alffo? tahla.. cari la sendiri) 

assalamualaikum ^^
Short Stort About My Best Friend
Written by : SYEROL

     Assalamualaikum, apa khabar para pembaca yg dihormarti dan masih setia membaca luahan, lampiran, cerita di blog ini. Reason why saya or the true name is SYEROL(kalau percaye xtwla haha) menaip dan bercerita di blog ni ialah bukannya untuk berceramah atau memberi sentapan tetapi ia disebabkan den telah dikenakan denda oleh permainan si admin ni. Maka berhuhuhuhu la saya sepanjang hari ni. Tp xpe because she is among my best friend so I tetap menulis khas tentang si admin.

*Cerita di bawah merupakan rekaan semata-mata cuma nama sahaja yang betul*

     Maka tersebutlah al kisah pada masa dahulu, di Negara Tudung ada sebuah isu hangat mengenai ketiadaan pemimpin di kabinet Kerajaan Tudung kerana dikhabarkan tanggungjawab menjaga Kerajaan Tudung teramatlah susah dan dikecam oleh orang segelintir masyarakat. Walaupun notis kekosongan jawatan sudah diuar-uarkan tetapi masih tiada siapa yang mahu mengambil tanggungjawab tersebut. Mereka semua lebih cenderung dan mahu memerintah Kerajaan lain seperti Kerajaan Gula-Gula, Kerajaan Udang Galah Goreng dan Kerajaan Bela Kutu. Eh?

     Namun, kisah seorang wanita di Kerajaan Tudung ini mengubah segala-galanya.
Ditakdirkan pada suatu malam yang hening, kedengaran tangisan seorang wanita yang sedang merengek kesakitan dengan kuatnya. Mengalahkan suara rimau katanya (katanya lah) Suara rimau eh? Suara wanita tersebut kedengaran sehingga ke Kerajaan Tudung. Maka keesokan harinya, seekor pari-pari dari Kerajaan Tudung datang melawat wanita tersebut.

      Apabila mendapat tahu wanita tersebut mengalami kesukaran untuk tidur, tidur sekejap then bangun balik, tidur sekejap then bangun balik. Tiap-tiap hari wanita itu tidak dapat tidur dengan nyenyak. Pari-pari tersebut terus memberi wanita itu sehelai tudung azimat berjenama syaqira.co (Pelikkan jenama tu hahaha)
Setelah wanita tersebut memakai tudung itu, dia berasa sihat semula. Setiap kali dia ingin tidur dan memakai tudung itu dia akan tidur dengan nyenyak. "Alhamdulillah", bisik wanita tersebut sambil sendawa. Tidak lama kemudian, pari-pari berkata, "Awak sembuh kerana tudung ini tau disamping dgn prtolangan Allah, maka dengan ini telah tiba masanya awak membalas budi tudung-tudung ini."

      Maka tidak lama kemudian, Wanita tersebut mengambil tanggungjawab menjadi pemimpin Kerajaan Tudung. Sejak dari itu, Kerajaan Tudung menjadi kerajaan yang paling kaya berbanding kerajaan-kerajaan lain disebablan kecekapan wanita ini dalam menguruskan bisnes tudung Syaqira.co. Oleh kerana pencapaiannya yang memberansangkan itu, wanita tersebut dilantik menjadi pemimpin Negara Tudung.

Inilah dia kisah "Puteri Qurratu’ dan Negara Tudung" 😂😂😂 

      Goodluck Admin for your bisnes. Kesabaran dan semangat yg jitu sahaja akan menentukan kejayaan sesebuah bisnes itu. Disamping mendapat redha Allah itu yg utama. Dan jaga diri di PLKN nanti. Tuntut la sebanyak ilmu dan pengalaman di sana. And Jangan nangis sebab homesick dh la. Dak tak pernah duduk asrama kan. Hahaha.

Ok Wallahualam, Assalamualaikum.

Sincerely,
Your Best Friend